Muqaddimah


Pengenalan
Diploma Pengurusan Islam ( DPI) merupakan kursus mandatori jangka panjang yang dirangka khusus dan disyaratkan kepada semua Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI ), Gred S41 yang baru dilantik untuk tujuan mematuhi salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus ini dilaksanakan secara berpenginapan penuh ( fully residential ) di Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM). Kursus ini mengambil pendekatan konsep latihan secara menyeluruh berteraskan peningkatan profesionalisme dengan menekankan kepada aspek pembangunan dan pembentukan peribadi serta jati diri setiap peserta DPI.
Objektif
         i.            Membentuk PHEi yang teguh aqidah, komited dengan amalan Islam, mempunyai jati diri yang kukuh, nilai integriti yang tinggi, berdisiplin dan berdaya tahan dalam mengahadapi cabaran.
       ii.            Membentuk PHEI yang berketrampilan dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berfikiran terbuka selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan Negara
      iii.            Melahirkan PHEI yang mempunyai sakhsiah yang tinggi berlandaskan nilai dan etika Islam: dan,
     iv.            Melahirkan pegawai yang berilmu dan berdaya saing yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ummah.
Kandungan Modul
Modul ini mengandungi 2 komponen utama:
a    Komponen 1 :Modul Dalaman
b     Komponen 2 :Modul Luaran

A ) Komponen 1 :Modul Dalaman
Modul Dalaman melibatkan aktiviti dalam kelas yang berbentuk blended learning yang merangkumi ceramah, amali, simulasi dan ujian kecerdasan minda dan sebagainya. Modul ini memberikan pendedahan kepada aspek- aspek kepimpinan, komunikasi, kualiti, protokol dan pengurusan majlis, pengurusan organisasi dan perhubungan antarabangsa berdasarkan perspektif Islam. Modul dalaman ini mengandungi 3 sub komponen yang utama iaitu:
1    Kemahiran pengurusan Fungsi Diri Pegawai Hal Ehwal Islam
  Pengurusan Hal Ehwal Islam
3     Kemahiran Pengurusan awam

B)Komponen 2 :Modul Luaran
Modul ini lebih menekankan ke arah pembentukan disiplin, semangat berpasukan, cintakan organisasi dan negara, daya ketahanan diri fizikal dan mental. Komponen ini mengandungi 2 komponen utama iaitu:
1    Modul Bina Semangat
2    Modul Kemasyarakatan

No comments:

Post a Comment