Thursday, 26 April 2012

Pantun Perpisahan Buat Sahabat-sahabatku =:DPI:=




Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-Layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-Rinduan

Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Hari Ini Menanam Jagung
Hari Esok Menanam Serai
Hari Ini Kita Berkampung
Hari Esok Kita Bersurai

Malam Ini Menanam Jagung
Malam Esok Menanam Serai
Malam Ini Kita Berkampung
Malam Esok Kita Bercerai

Hari Ini Menugal Jagung
Hari Esok Menugal Jelai
Hari Ini Kita Berkampung
Hari Esok Kita Bercerai

Batang Selasih Permainan Budak
Berdaun Sehelai Dimakan Kuda
Bercerai Kasih Bertalak Tidak
Seribu Tahun Kembali Juga

Orang Aceh Sedang Sembahyang
Hari Jumaat Tengah Hari
Pergilah Kasih Pergilah Sayang
Pandai-Pandailah Menjaga Diri

Bintang Barat Terbit Petang
Bintang Timur Terbit Pagi
Jika Tidak Melarat Panjang
Ada Umur Ketemu Lagi

Tuan Puteri Pergi Ke Rasah
Pulang Semula Sebelah Pagi
Kita Bertemu Akhirnya Berpisah
Diizin Tuhan Bersua Lagi

Created by MizFul sHaiZan

DBKL pasang halangan tutup Dataran Merdeka








Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi - lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.
Malam tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi ini hingga 6 pagi Ahad.

Menurut Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata pihak DBKL mengeluarkan arahan supaya mahasiswa dan orang ramai bersurai jam 4 pagi.

Menurut seorang lagi saksi, selepas mahasiswa beredar ke seberang jalan di bangunan Sultan Abdul Samad DBKL juga turut memasang pagar besi - sebagai halangan kedua - untuk menghalang orang ramai berkumpul di Dataran.

Syahmi berkata sewaktu barricade mula dipasang, mahasiswa juga sempat mengadakan speaker corner di dataran tersebut. Pada ketika itu sekitar 30 mahasiswa dan orang awam berada di dataran tersebut.

Sebelum itu, ratusan mahasiswa dan orang awam berhimpun di Dataran Merdeka sejak malam tadi. Mereka mula beredar apabila hujan mula turun di kira-kira jam 2 pagi.

Menurut Syahmi  lagi, sewaktu DBKL memasang barricade, tiada pertembungan dengan pihak berkuasa DBKL, malah mereka mengikut arahan yang diberikan.

Dan sebahagian daripada mereka duduk dan ada yang tidur di seberang jalan, di tepi bangunan Sultan Abdul Samad.
Traffik di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad masih dibuka kepada orang ramai.

HARI SUKAN DPI – ILIM - JAKIM



Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha hadir ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi merasmikan Karnival Sukan Diploma Pengurusan Islam (DPI) siri ke-2 pada 31 Mac 2012 (Sabtu). YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha hadir diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunnan Insan) Jakim, Tuan Haji Razali bin Shahabudin telah disambut oleh Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron, Timbalan Pengarah, Puan Zainab binti Ab Rahman, kakitangan ILIM serta para peserta Diploma Pengurusan Islam (DPI).
Dalam ucapan perasmian, Ketua Pengarah Jakim mengucapkan tahniah di atas penganjuran Karnival Sukan yang dirancang sepenuhnya oleh para peserta Diploma Pengurusan Islam. Kebolehan dan keupayaan para peserta DPI menganjurkan program karnival sukan untuk warga Jakim dianggap sebagai satu kejayaan yang besar kerana mampu membahagikan masa di dalam kesibukan mengisi jadual penuh kursus Diploma Pengurusan Islam yang berlangsung selama 6 bulan.
YBhg. Dato’ menambah bahawa setiap Pegawai Hal Ehwal Islam perlu ada ketahanan fizikal dan emosi untuk mendukung sikap ‘orang agama’. Setiap tugas yang diamanahkan perlu direkod untuk rujukan dan maklumat yang dapat membantu organisasi. YBhg. Dato’ juga telah mengumumkan, beliau mendapat maklumbalas bahawa peserta Diploma Pengurusan Islam siri pertama dilaporkan cemerlang dari sudut kerjaya dan sahsiah diri. Justeru, beliau meletakkan harapan tinggi bahawa peserta DPI siri ke-2 dapat mengekalkan status sebagai yang terbaik keluaran Jakim.
Acara karnival dimulakan dengan perasmian acara pertandingan tarik tali di antara pasukan kakitangan ILIM melawan peserta DPI yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha. Seterusnya perasmian acara sukaneka untuk anak-anak kakitangan ILIM dan Jakim serta acara padang seperti pertandingan bola sepak dan bola tampar.
Selain itu, turut memeriahkan acara karnival sukan ini ialah acara memanah dan berkuda yang disertai oleh Ketua Pegarah Jakim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim. Para pemenang, telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim.
Pada sebelah petang, acara disambung dengan pertandingan ping-pong, bola jaring dan sepak takraw. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara yang bertanding telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron diiringi Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pengurusan Undang-undang Islam ILIM, Ustaz Amran bin Awaluddin.










Ketua Pengarah JAKIM merasmikan Karnival Sukan ILIM – JAKIM


 
Y.Bhg. Dato' Othman sedang membidik panah



Bergambar kenangan

create on friday 27/4/2012 11.09am

HADITH MINGGU INI



Daripada Anas RA katanya, “ Ada dua orang adik-beradik pada zaman Rasulullah SAW, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah SAW, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan dengan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: “Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia.”

Kamalanathan: 7 daripada 8 tuntutan BERSIH dalam syor PSC



Tujuh daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) telah dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihanraya yang dibentangkan di Parlimen awal bulan ini, kata anggota Jawatankuasa PSC, P Kamalanathan.

Menurutnya, hanya satu daripada tuntutan BERSIH iaitu mengenai tambahan hari pada tempoh berkempen tidak dimasukkan dalam syor itu kerana ia tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang terdapat banyak kawasan pedalaman.
  
"Jika tempoh berkempen dilanjutkan kepada minimum 21 hari seperti yang dituntut BERSIH, ia akan banyak memberi kesan terutama kepada Sabah dan Sarawak.
  
"Bagaimanapun cadangan itu masih dipertimbangkan di mana tempoh sekarang telah dipanjangkan daripada tujuh kepada 10 hari," katanya pada sesi santai "Teh Tarik Bersama YB" yang membincangkan isu berkenaan penambahbaikan sistem pilihanraya di ibunegara malam tadi.
  
Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor menjelaskan syor-syor PSC jelas menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka untuk mengadakan perubahan dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek selari dengan suara dan kehendak rakyat.
  
"PSC sentiasa mengambil kira cadangan semua pihak termasuk pembangkang. Buktinya, walaupun laporan minoriti tidak dimasukkan dalam 22 syor tersebut kerana ia tidak pernah dibincangkan sepanjang enam bulan jawatankuasa ini bersidang, namun setiap cadangan yang diketengahkan akan kita pertimbangkan," katanya.
  
Justeru, Kamalanathan berkata BERSIH sepatutnya memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembaharuan yang disyorkan itu dan bukannya terus mencari salah dan mengkritik suruhanjaya tersebut.

Monday, 23 April 2012

SELAMAT DATANG, AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...